Bahagian Korporat dan Lembaga Rayuan
FUNGSI
- Menjadi Urusetia Jawatankuasa Perancang Negeri.
- Menggubal dan menyelaras pelaksanaan dasar-dasar perancangan.
- Menguruskan hal-hal pewartaan.
- Mengumpul, menghebah dan menyiarkan maklumat perancangan melalui Buletin, Laporan Tahunan, bengkel, seminar dan lain-lain siaran.
- Menyelaras dan menguruskan permohonan kertas cadangan pemajuan di bawah subseksyen 22 (2A) Akta untuk dibawa ke MPFN.
- Urusetia Lembaga Rayuan Negeri Kelantan.
- Menguruskan pelaksanaan Program Kualiti Jabatan seperti pelaksanaan PKPA, MS ISO 9001:2008, Pengiktirafan Bintang (Star Rating), KPI, Audit Nilai, nilai-nilai murni dan lain-lain.
- Menguruskan mesyuarat dalaman jabatan iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan, Mesyuarat Anggota dan Mesyuarat Pagi
- Menguruskan pelaporan Mesyuarat JPBD SM iaitu Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri JPBD SM, Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pembangunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan.
- Melaksana, memantau dan mengkaji semula Rancangan Strategik Jabatan.