PLANMalaysia@Kelantan (Versi Mudah Alih)

Fungsi Jawatankuasa Perancangan Negeri

  • Untuk menggalakkan dalam Negeri dalam rangka Dasar Negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri ; untuk mengawal selia, merancang dan menyelaras semua aktiviti pemajuan dalam Negeri. 
  • Untuk menasihati Kerajaan Negeri ; samada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri ; mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri ; dan
  • Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin, monograf dan penyiaran lain yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa.
  • Jawatankuasa boleh dari masa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana PBPT yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan PBPT hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
  • Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam Subseksyen (4) dan melakukan perkara yang perlu atau sesuai dan bermanafaat  bagi menjalankan fungsinya.
  • Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi di bawah Akta ini.
  • Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi Penasihat Utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan sebagai Setiausaha Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa ; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah Subseksyen ini 

 

 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI STATE PLANNING COMMITTEE (SPC)

 

SPC merupakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar.Ianya diadakan sebanyak 4 kali setahun dan ianya  bermula pada tahun 1997 sehinggalah sekarang. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Negeri disertai  oleh 17 orang ahli-ahli tetap yang terdiri daripada YAB,YB Dato,YBhg.,YB,YABrs.Ahli-ahli majlis yang turut hadir adalah terdiri daripada Yang Dipertua Majlis-Majlis Daerah iaitu :

  1. Majlis Perbandaran Kota Bharu
  2. Majlis Daerah Gua Musang
  3. Majlis Daerah Tumpat
  4. Majlis Daerah Machang
  5. Majlis Daerah Pasir Mas
  6. Majlis Daerah Pasir Puteh
  7. Majlis Daerah Jeli
  8. Majlis Daerah Bachok
  9. Majlis Daerah Tanah Merah

10. Majlis Daerah Kuala Krai

Isu yang sering dibentangkan dalam mesyuarat adalah isu yang berkaitan dengan Akta-akta Perancangan, Garis Panduan, dan Rancangan Pemajuan. Pada tahun ini, mesyuarat SPC telah diadakan sebanyak 2 kali iaitu :

i)  Bilangan 43-1/2010 yang diadakan pada 8 Mac 2010

ii) Bilangan 44-2/2010 yang diadakan pada 25 April 2010

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri yang seterusnya telah dicadangkan pada 27 Julai dan 25 Oktober 2010.

Tarikh Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Negeri 

Bil.

Bilangan Mesyuarat

Tarikh Mesyuarat

1.

43-1/2010

8 Mac 2010

(Isnin)

2.

44-2/2010

25 April 2010

3.

45-3/2010

27 Julai 2010

(Selasa)

4.

46-4/2010

25 Oktober 2010

(Isnin)

 

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT NEGERI (SPC)

  1. YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar
  2. YB Dato’ Timbalan Menteri Besar (Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan)
  3. YB. Dato’ Haji Takiyuddin Bin Hassan(Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan)
  4. YB. Mej. (B) Md. Anizam Bin Abd. Rahman(Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar) 
  5. YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
  6. YB. Penasihat Undang-Undang Negeri
  7. YB. Dato Hj. Husam Bin Haji Musa
  8. YB. Pegawai Kewangan Negeri
  9. YBhg.Dato’ Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan
  10. YABrs. Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan
  11. YABrs. Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Kelantan
  12. YABrs. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan
  13. YABrs. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan
  14. YABrs. Pegawai Pembangunan Negeri Kelantan
  15. YABrs. Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
  16. YABrs. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu
  17. YABrs. Ketua Penolong Setiusaha(Kerajaan Tempatan)

 

 

Tarikh Pindaan dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Negeri

Bil.

Bilangan Mesyuarat

Tarikh Pindaan

Tarikh Mesyuarat

1.

43-1/2010

28 Jan 2010

8 Mac 2010

(Isnin)

2.

44-2/2010

13 April 2010

25 April 2010

(Ahad) 

14 April 2010

20 April 2010

3.

45-3/2010

-

27 Julai 2010

(Selasa)

4.

46-4/2010

-

25 Oktober 2010

(Isnin)

 

 

Cetak Emel

  • myGOV
  • myGOV mobile
  • KPKT
  • JPBD SM
  • SUK Kelantan
  • MSC
  • SPA
  • LHDN
  • HRMIS

Logo

Carian Mobile