PLANMalaysia@Kelantan (Versi Mudah Alih)

Fungsi Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan 

Akta telah memperkenalkan sistem Lembaga Rayuan sebagai Pelengkap kepada Kebenaran Merancang yang bertujuan untuk menyelesaikan sebarang ketidakpuasan terhadap keputusan yang di buat oleh Pihak Berkusa Perancang Tempatan.

(diperuntukkan di bawah Seksyen (36) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) 

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 28-1/2204 yang bersidang pada 13 September telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Lembaga Rayuan Negeri Kelantan dan ahli-ahlinya.   

 

Fungsi Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberikan pertolongan kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuashati dengan keputusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan seterusnya, menimbangkan kes-kes rayuan tersebut, dimana;

- Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian diantara perayu dengan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan khususnya yang terbabit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna merasa terkilan.

- Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbangkan dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (Pindaan) A 933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.   

 

ANDA INGIN MEMBUAT RAYUAN???

Jika berlaku sebarang ketidakpuasan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan (rujuk

jenis-jenis rayuan), Lembaga Rayuan mengalu-alukan rayuan dikemukakan di alamat atau email kami di:

Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Kelantan,
D/A Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan
Blok 4, Aras Bawah, Kota Darulnaim 15503 Kota Bharu Kelantan
Tel: 09-7481957 samb. 4018
Faks: 09-7444454

email : lembagarayuan(at)kelantan.gov.my

 

Rayuan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar Lembaga Rayuan  

Cetak Emel

  • myGOV
  • myGOV mobile
  • KPKT
  • JPBD SM
  • SUK Kelantan
  • MSC
  • SPA
  • LHDN
  • HRMIS

Logo

Carian Mobile