PLANMalaysia@Kelantan (Versi Mudah Alih)

Jenis Rayuan

1. Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis [Seksyen 23(1) (a) & (b)]

   ( Borang A Jadual ii).

Bagi seorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang. Bagi seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan bantahan yang dibuat menurut seksyen 21 (b).

 

2. Amaun Pampasan [Seksyen 25 (9)]  

   (Borang B Jadual ii)

Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan.

 

3. Notis Permintaan Seksyen 30 (2)
    (Borang C Jadual ii)

Jika tuan punya tanah terkilan untuk mematuhi permintaan atau syarat-syarat dalam notis permintaan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti;

- Meminta supaya dihentikan penggunaan itu;
- Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu;
- Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan kerja itu.

 

4. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan 
    [Seksyen 30 (7)] (Borang B Jadual ii)

Bagi seseorang yang tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBPT akibat menanggung kerosakan yang berupa kekusutan nilai tanah kerana mematuhi kos permintaan PBPT.

 

5. Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok 
    (Seksyen 35 C) (Borang B Jadual ii)

Jika Seseorang itu terkilan dengan;
a. Suatu perintah pemeliharaan pokok,
b. Mana-mana peruntukan dalam suatu perintah pemeliharaan pokok
c. i. Penolakan pemberian kebenaran bertulis;
    ii. Mana-mana syarat yang dikenakan keatas pemberian suatu kebenaran bertulis dibawah perenggan (a) Seksyen 35 A (2)
d. Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok dibawah perenggan (b) Seksyen 35 A (2).
 

 

6. Pampasan diBawah Perintah Pemeliharaan Pokok 
    (Seksyen 35 D) (Borang B Jadual ii)

Jika pemunya tanah yang tanahnya dimasukkan oleh sesuatu perintah pemeliharaan pokok yang diawardkan, membuktikan bahawa dia mengalami kerugian yang berupa kekusutan dalam nilai tanahnya, akibat dari mematuhi (a) hingga (d) seksyen 35 C.

 

7. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula Pokok
    (Seksyen 35E) (Borang E Jadual ii)

Bilamana orang yang telah didapati bersalah dibawah Seksyen 35A(4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Perintah Pemeliharaan Pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam sesuatu pokok yang lain.  

Cetak Emel

  • myGOV
  • myGOV mobile
  • KPKT
  • JPBD SM
  • SUK Kelantan
  • MSC
  • SPA
  • LHDN
  • HRMIS

Logo

Carian Mobile